Jumaat, 12 Julai 2013

agama islam tingkatan2

Maksud puasa
Bahasa:menahan diri
Istilah:menahan diri daripada makan dan minum serta 
                perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar 
                hingga terbenam matahari beserta niat

Rukun puasa
1.Niat
2.menahan diri daripada melakukan perkara yang 
   membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga
   terbenam matahari

Perkara yang membatalkan puasa
1.Bersetubuh pada siang hari
2.Muntah dengan sengaja
3.Melahirkan anak
4.Memasukkan sesuatu kedalam kerongkong hingga 
   sampai ke dalam halqum atau perut
5.Mengeluarkan mani dengan sengaja
6.Murtad
7.Gila
8.Keluar haid atau nifas

Syarat-syarat wajib puasa
=>Islam:orang kafir tidak dituntut untuk berpuasa kerana tidak ada
     makna puasa mereka selagi tidak memeluk islam
=>Baligh:Kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa
=>Berakal:Orang gila tidak wajib berpuasa
=>Bebas dari uzur syar'ei

Uzur syar'ei menegah daripada berpuasa
1.Haid
2.Nifas
3.Pitam sepanjang hari